Friday, April 8, 2011

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL




SaizHARGA
250 ml RM18.00
750 ml RM30.00


SEJARAH POHON ZAITUN

Pakar mengakui bahawa pohon zaitun berasal dari Syria dan ditemui pada sekitar 6 ribu tahun yang lalu sebelum penanamannya mula merebak secara meluas di kawasan Mediterranean. Sejarah juga mendakwa bahawa pohon zaitun pertama kali ditemui di Syria adalah di negeri Kota kuno Ebla.

Kerajaaan Ebla terletak di pinggiran kota Aleppo Syria. Selama zaman pemerintahannya (2600-2240 S.M), Ebla menguasai wilayah utara Syria, Lubnan dan bahagian utara Mesopotamia (Iraq Moden). Ia juga mengadakan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara-negara jauh seperti Mesir, Parsi dan Sumeria.

Catatan rasmi yang pertama tentang pohon zaitun dan pengeluaran minyak telah ditemui di arkib Ebla negara - kota kuno. Ia terdiri daripada hampir 12 dokumen pada tarikh 2400 S.M. yang menjelaskan tentang pemilikan tanah ladang pohon zaitun oleh Raja dan Permaisuri. Terdapat juga halaman daripada arkib tersebut yang menyatakan bahawa 4000 botol minyak zaitun disediakan kepada kerabat di raja dan kakitangan kerajaan manakala 7000 botol disediakan kepada rakyat. Setiap botol tadi boleh menyimpan sebanyak 60 kg minyak. Jumlah zaitun yang tercatat di dalam arkib tersebut adalah sebanyak 700 tan minyak dan 1.465 hektar ladang. Penduduk Ebla pada ketika itu sekitar 15000 orang dan merekalah yang menjadikan minyak zaitun sebagai industri utama pada ketika itu. Satu kajian arkeologi telah menemui sebiji botol besar berada di Kota Purba Ebla. Botol tersebut diisi dengan minyak zaitun dan digunakan untuk perdagangan dengan Mesir melalui bandar perlabuhan Ugarit (sekarang lattakia).

Penanaman pohon zaitun adalah salah satu tanda peradaban tertua di dunia. Penanaman minyak zaitun yang meluas pada waktu itu berpunca daripada manfaat yang diceritakan di dalam mitos yang tersebar melalui Phoenicia ke Greek kemudian ke Rom dan kemudia ke seluruh dunia barat. Dalam beberapa ratus tahun terakhir, pertumbuhan zaitun telah merebak ke Amerika, Jepun, Australia dan Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, sekitar 90 peratus minyak zaitun yang meluas ke seluruh dunia masih berasal dari pinggiran laut Mediterranean.

Hari ini, selepas 6000 tahun penyebaran penanaman zaitun dari Syria ke seluruh Mediterranean, Syria masih lagi pengeluar terkemuka minyak zaitun di mana Syria berada di tempat keenam negara pengeluar minyak zaitun. Tanah dan Iklim Syria amat bersesuaian untuk penanaman zaitun. Orang kampungnya pula masih mengekalkan cara lama di dalam penanaman zaitun dan cara perahannya kerana mereka tahu bahawa ia adalah cara penanaman zaitun yang terbaik. Pada masa sekarang cara lama tersebut telah dimajukan seeiring dengan peredaran zaman dan dalam masa yang sama sifat-sifat asas tetap dijaga.

Pohon zaitun memiliki umur yang panjang dan dipercayai dapat hidup 300 hingga 600 tahun dan lebih.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

1. Extra Virgin Olive Oil

Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

2. Virgin Olive Oil

Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

3. Olive Oil

Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

Minyak zaitun boleh digunakan ....


Saiz HARGA

250 ml RM18.00
750 ml RM30.00





OLIVE LOTION





SaizHARGA JUAL
110 mlRM20.00
Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi. Minyak zaitun sememangnya kaya dengan vitamin E yang mampu memberikan kelembapan dan kesan yang baik kepada kulit dan rambut anda . Lavender Rosemary dan Apple Lemon adalah dua versi wangian yang dirumus khas untuk memberikan anda kesegaran setelah anda menggunakannya. Pastikan Olive lotion sentiasa bersama anda. Gunakan produk yang berasaskan amalan dan pemakanan sunnah untuk memberikan anda kesegaran yang sebenar.
Picit ke tapak tangan dan sapukan di kulit atau rambut.

Saiz HARGA JUAL
110 ml RM20.00


* HARGA BARU BERMULA 1 JAN 2012
HARAP MAKLUM





KAPSUL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN



HARGA JUAL : RM10 (20 biji)

*HARGA BARU MULAI 1 JAN 2012-HARAP MAKLUM

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Related Posts with Thumbnails
 

Powered by RAPI ANGGUN™