Tuesday, April 29, 2008

SET BERSALIN LENGKAP SARI HERBA - RM100


(bermula tahun 2012 produk ini tiada dipasaran)

set bersalin yang murah dlm bajet RM100.Set bersalin SARI HERBA keluaran REVELL...menawar set bersalin yg murah & lengkap.anda boleh dapati di sini!!

kandungan dlm set sari herba:
Khas untuk wanita-wanita yang baru melahirkan anak (cukup untuk 40 hari pantang).
1.Tampang
Campuran akar kayu yang direbus untuk melancarkan peredaran darah dan seterusnya mengeluarkan darah kotor dari rahim.
Cara penggunaan:
Di minum 5 hari selepas 3 hari bersalin. Tampang direbus dan air rebusan disaring dan disimpan patinya di dalam peti sejuk. Campurkan ½ gelas pati rebusan dengan ½ gelas air panas. Akar kayu boleh direbus selama 3-4 kali. Diminum 1 gelas pagi dan 1 gelas petang selepas makan. (Air rebusan kali ketiga/empat, tidak perlu di tambah air panas sebelum di minum)
2.Jamu bersalin 1 (300 pil)
Jamu untuk melancarkan peredaran darah.Menambahkan tenaga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan.
Cara penggunaan:
Dimakan 10 pil pagi dan 10 pil malam selepas makan. Di makan selepas habis minum tampang selama 15 hari.
3.Jamu bersalin 2 (400 pil)
Jamu ini berkhasiat untuk mengecutkan kembali rahim yang mengembang semasa mengandung,merapatkan kembali otot-otot vagina dan menurunkan berat badan.
Cara penggunaan:
Dimakan 10 pil pagi dan 10 pil malam selepas makan. Dimakna selepas habis Jamu Bersalin 1 selama 20 hari.
4.Param (24 keping)
Ubat badan untuk mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak terutamanya dikaki yang selalunya kebas dan sengal2.
Cara penggunaan:
Campurkan 2-3 keping param dengan air mawar. Sapukan keseluruhan badan terutamanya ke bahagian kaki dan tangan selepas mandi.
5.Tapel (15 keping)
Ubat perut untuk mengecutkan otot-otot perutyang kendur.Memutihkan kembali perut yang selalunya mempunyai tanda2 hitam selepas melahirkan.
Cara penggunaan:
Campurkan 2-3 keping tapel dengan air mawar/air biasa. Tidak perlu campurkan kapur dan limau kerana bahan ini telah terkandung didalam tapel. Sapukan ke bahagian perut dan digunakan sebagai ubat barut.
6.Pilis (15 keping)
Ubat khas untuk menyegarkan ibu-ibu dlm pantang supaya tidak mudah mengantuk.Juga bagus utk megelakkan sakit kepala.
Cara penggunaan:
Campurkan 1 biji pilis dengan air mawar/air biasa. Sapukan bancuhan ke dahi dan biarkan kering.
7.Minyak unta
Campuran minyak kelapa sawit dengan herba2 seperti halia bara yang bagus utk memanaskan badan.Tidak mengandungi kandungan sulfur.Boleh digunakan sebagai minyak gosok semasa urutanselepasa bersalin atau sebelum bersalin terutamanya jika ada maslaah pembekakan kaki.Mengandungi minyak kayu putih yang bagus utk mengubati masalah kembung perut.Boleh digunakan utk seluruh keluarga utk merawati luka2 kecil,terseliuh,kembung perut dan gigitan serangga.
8.Sabun manggir
Istimewa bagi ibu2 selepas bersalin kerana lazimnya terdapat tanda2 hitam pada kulit perut,leher,kelangkang dan ketiak.Juga bagus utk anak2 yang mempunyai ruam panas.Permukaan kasar sabun ini akan melancarkan pelancaran darah dibawah permukaan kulit dan akan membuat ibu2 berasa lebih segar.
Cara penggunaan:
Gosokkan sabun terus ke kawasan yang hitam. Gunakan setiap hari. Pada kanak-kanak sapukan buih sabun ke badan, biarkan seketika dan kemudiannya bilas. Elakkan penggunaan sabun terus ke kulit bayi kerana butir-butir sabun mungkin terlalu kasar. Gunakan pelembap tambahan terutamanya kepada bayi dan kalau kulit berasa terlalu kering.

2 comments:

Ija said...

masih jual lagi x produk jamu nih?... bagus x untuk bersalin ceaser?..

sha said...

salam masih ada laqi x set bersalin ni?

Related Posts with Thumbnails
 

Powered by RAPI ANGGUN™